Sunday, January 31, 2010

Siapakah Girlfriend Sebenar Zaquan Adha? Yuyu? Elly? Ayu Raudhah?




Naik pening kami mencongak siapakah sebenarnya kekasih hati kembar kepada suami Rita Rudaini, Zaquan Adha. Kejap dulu kami sungguh jelas bahawa Yuyu yang berwajah seperti angel itu adalah kekasih Zaquan Adha. Kemudian about this year, it was Elly, and then he was gossiped with Ayu Raudhah. The latest that heard that he’s going out with some perempuan ke kelab malam. Which is which bro?

awek-zaquan-adha-elly

ONE OF HIS GIRLFRIENDS..ELLY.. MENGAUM..AUMM AUMM..

awek-zakuan-adha-elly

ELLY…

adha-zaquan-aidil-zafuan-awek

A GENTLEMAN BOYFRIEND..SIAPA LAGI MAHU BAG TANGAN DIPEGANG?

awek-zaquan-adha-elly2

OOO..JANGAN RAPAT2 BRO..

zaquan-adha-awek-elly

ELLY LAGI..

zaquan-adha-yuyu

EX-GIRLFRIEND, YUYU..AS SWEET AS AN ANGEL

Saturday, January 30, 2010

Pemberita DeafNation singgah di Kuala Lumpur

Pada hari Ahad yang lalu, penulis telah bertemu dengan Joel Barish, pemberita dan pengasas DeafNation.com, syarikat media Internet yang menyediakan kandungan video dan liputan berita untuk warga Pekak di Amerika Syarikat.

Pertemuan itu diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sewaktu penulis membawa isteri membeli-belah bersama anak-anak penulis manakala Joel Barish dibawa bersiar-siar di kawasan itu. Peluang itu telah diambil untuk berdiskusi dan berkongsi pandangan dengan beliau mengenai komuniti Pekak di Malaysia dan luar negara.

Joel Barish dari DeafNation.com

Joel Barish singgah di Kuala Lumpur selama tiga hari dan dua malam kerana menjalankan tugas media bertemakan "Menjelajah Dunia". Dalam tugas itu, beliau perlu menghabiskan tempoh dua minggu (8 Januari hingga 22 Januari 2010) untuk menyempurnakan misi melancong ke ketujuh-tujuh negara yang ditetapkan oleh DeafNation.

Antara bandar raya yang terlibat dalam misi tersebut ialah Athens (Greek), Brussels (Belgium), Tokyo (Jepun), Bangkok (Thailand), Kuala Lumpur (Malaysia), Auckland (New Zealand) dan Los Angeles (Amerika Syarikat).

Sepanjang perjalanan di sekitar dunia, beliau berpeluang untuk menerokai keindahan budaya warga Pekak termasuk sejarah komuniti, bahasa isyarat dan pendidikan serta menikmati kepelbagaian makanan kebangsaan di setiap negara yang didaratinya.

Segala pemerhatian akan dilaporkan dalam bentuk blog video (vlog) dan disiarkan dalam ruang video dokumentari yang bertajuk "No Barriers with Joel Barish" atau "Tiada Rintangan Bersama Joel Barish" di laman web DeafNation (www.deafnation.com).

Di Kuala Lumpur, beliau ditemani oleh dua orang rakan Pekak, Ho Koon Wei dan Anne Laura Raymond sebagai pemandu pelancong serta dibantu oleh Huay Woon, penterjemah bahasa isyarat dari YMCA Kuala Lumpur dan Norma, kakitangan dari Tourism Malaysia.

Menurut Ho Koon Wei, pihak Tourism Malaysia telah menaja dan menyediakan penginapan dan pengangkutan untuk memudahkan dan mempercepat pergerakan mereka memandangkan kepadatan jadual lawatan yang diaturkan secara bersama oleh pihak Tourism Malaysia dan Ho Koon Wei.

Walaupun pertemuan itu begitu singkat selama 45 minit, penulis bertuah kerana dapat mengenali perwatakan beliau yang sebenar dengan lebih dekat lagi. Beliau bukanlah pemimpin pertubuhan Pekak tetapi merupakan seorang pemimpin media Pekak antarabangsa yang dianggap paling berjaya.

Menurut Joel Barish, Kuala Lumpur amat menarik dan lebih aman berbanding dengan negara-negara lain yang dilanda pelbagai masalah. Beliau telah melihat Malaysia lebih jauh maju secara fizikal dan kehilangan sebahagian ciri kesemulajadian atau kepurbaan seperti yang disaksikan di negara-negara yang kurang membangun.

Tambahan pula penulis diberi pandangan oleh beliau secara peribadi, iaitu warga Pekak tidak digalakkan menjadi warga Pekak yang bertutur dengan bantuan teknologi implan koklea atau telinga bionik dengan alasan risiko kesihatan dan kehilangan identiti Pekak.

Joel Barish sedang memberitakan sesuatu di depan kamera video dengan bantuan Ho Koon Wei di KLCC.

Bagaimanapun penulis menjelaskan balik bahawa di Amerika Syarikat, tiada fatwa larangan yang dikeluarkan oleh NAD (Persatuan Kebangsaan Orang Pekak Amerika Syarikat) mengenai penggunaan teknologi implan koklea.

Sebaliknya pihak NAD hanya menyediakan pelbagai nasihat dan menyebarkan maklumat berkenaan untuk membantu pertimbangan dan pembuatan keputusan yang sewajarnya.

Beliau tidak menolak kenyataan tersebut dan menggesa para pemimpin Pekak tempatan supaya lebih peka dengan perkembangan isu-isu semasa dalam dunia Pekak dan memperlengkap diri dengan ilmu yang berguna untuk membantu usaha mereka meningkatkan kesedaran menerusi sebaran informasi kepada segenap komuniti Pekak.

Selepas pertemuan itu, beliau terus dibawa berkejar ke Pusat Membeli-belah The Curve, Damansara Mutiara untuk bertemu dengan sekumpulan rakan Pekak yang sedang menantinya dalam satu perjumpaan minum teh tarik yang telah diaturkan oleh Ho Koon Wei.

Penulis menyatakan kepada Joel Barish bahawa beliau bebas mengeluarkan liputan berita yang bersifat membina ataupun kontra. Beliau menjawab, "Tidak, saya akan melaporkan negara anda kepada dunia dengan minda yang amat positif sekali".

Mudah-mudahan kemunculan Joel Barish di Malaysia bukan sahaja membuka mata dunia malahan juga mencetuskan kesedaran baru di kalangan warga komuniti Pekak di negara ini tentang pentingnya dan kuasanya media dalam mempengaruhi tamadun umat Pekak sedunia.

Penulis berharap agar Malaysia akan melahirkan ramai warga Pekak yang bergelar pemberita yang berkecuali, berkelas dunia dan tidak menyebelahi mana-mana persatuan seperti Joel Barish.

Trip Macau on 20-21 JAN 2010





Trip HONG KONG on 18-20 Jan 2010